Thursday, June 30, 2016

Umrah Ramadhan 2016 (travel with MuM & Big Bro)

Alhamdulillah 2016 diberi peluang dan rezeki utk hadir semula ke bumi para2 nabi dan rasul kekasih Allah. (2 jun - 13 jun 2016)

Kali ini atas permintaan Mum, kami memilih Andalusia Travel & Tour sebagai agent yang akan menguruskan segala urusan umrah from A to Z. Ku panjatkan syukur yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa kerana memperkenankan keinginan utk dijemput kembali. Episod bermula di penghujung tahun 2015 apabila hati ini tiba2 terasa terlalu teringin utk mengerjakan umrah. ku suarakan hasrat kepada Mum dan Alhamdulillah Mum bersetuju membawa aku utk pergi bersama. 
Namun, utk aku yang berumur kurang dari 45 tahun perlu mempunyai mahram lelaki sebagai syarat kelulusan visa yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi semenjak tahun 2012. Apabila ku nyatakan kepada sang suami yang aku ini terlalu teringin nak ikut Mum buat umrah, dengan sepantas kilat juga sang suami memberikan keizinan tanpa ragu2 (Alhamdulillah :) :)) Tetapi sang suami mencadangkan untuk kami pergi sewaktu cuti pertengahan tahun kerana sang suami seorang guru yang awesome perlukan masa cuti sekolah bg menguruskan urusan penjagaan anak2.

Alamak di mana lg utk aku mencari mahram lelaki!!!! jeng jeng jeng.... oh ya Aku kan ada BIG BRO (abang). hihi aku pun capai hp terus dial no hp abg.. Bicara bermula: Abg ko mesti ikut kitorang pergi umrah tau!!! ini satu ketetapan yg ko tak boleh menolak tau !! ini lah kuasa yg ada bila aku sorg je adik yg dia ada hihihi. sememangnya sejak kecil aku selalu menjadi si pembuat keputusan utk nya. ini bukan kerana dia tidak boleh membuat keputusan sendiri tetapi kerana terlalu menghargai Adik yang seorg ini.


Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah. Mum happy sebab dapat membawa kedua2 anak kesayangannye utk ke umrah. Kedua2 menantu ditugaskan utk menjaga cucu2 yang tercinta. 

ok kita sambung lagi.....mmmuah

No comments:

Post a Comment