~~~ Kad Kredit ~~~
Bismillah (dengan izin Allah)
zaman sekarang hampir setiap org dewasa yang bekerja pasti akan memiliki kad kredit.. tawaran belian secara kredit juga banyak dan sentiasa datang dengan pakej-pakej menarik..
ini kisah aku dan kad kredit (KK)...
2016 - cinta mula berputik setelah en husband tidak lagi memberi keizinan untuk berkongsi kasih dengan kad kreditnya... ini semua gara-gara aku yg suka2 hati je guna kad kredit dia untuk belian online...akhirnya dia yang akan bayar semua..walaupun pada awalnya janji2 manis aku lemparkan.. alhamdulillah en husband masih tetap sayang padaku (hihihi)..
aku mula merisik ttg kad kredit semasa program PNB di tapah..program berlangsung selama seminggu...7 hari tu hari2 aku usha2 KK.. dan akhirnya pada malam terakhir program aku pun meminang KK...
nama pun cinta pandang pertama..lepas dapat KK aku pun senyum sampai ke telinga.. siang mlm duk merancang apa yg aku nak buat dan ke mana aku nak blanjakan hahahha.. had limit KK 15k.. pergh untung besoooor...
2017 - tahun pertama annivessary aku mula rasa curiga dgn KK..KK seolah-olah kurang setia sbb selalu sgt memukau aku untuk terus berbelanja tanpa sempadan...aku mula hanyut dengan semua godaan KK...
pernah beberapa kali aku cuba bertaubat..tetapi iman ku tak sekuat mana..akhirnya aku kecundang lagi... hati mula rasa resah dan gelisah.. otak dan fikiran jadi buntu..arrgh apa nak jadi ni???
akhirnya hari ni 21 nov 2018..aku nekad untuk tidak bersama KK lg...aku relakan pemergianmu dan aku yakin aku kuat ketika ini.. aku juga berdoa semoga Allah tabahkan hatiku dan menerima perpisahan ini..
apa yang pasti.. AKU TIDAK MAHU LAGI BERSAMA KK BUAT SELAMANYA... relakan aku berbahagia bersama keluarga ku tercinta..
GOOD BYE...SAYONARA... KK... DAMAILAH KAU DISANA...
amoibijak
2016-2018
2 thn bersama


No comments:
Post a Comment