Wednesday, November 28, 2018

Bismillah (dgn izin Allah)

Zoo Taiping - 25Nov2018

Unplanned short visit.. bangun pagi then discuss ngan hubby.. kami pun setuju dan kejut anak2 (aishataro & cuamoi) then terus bersiap...

perjalanan dlm tempoh 1 jam from kampar to taiping..

disebabkan dlm perjalanan hujan renyai2... tetibe rasa nak belek2 facebook.. search apa yg best kat taiping.. so jumpa Cadar Bestseller... so kita pun singgah situ... objektif nak cari cadar waterproof utk si comel kami..then nampak cadar cantik utk wedding abby disember ni...

then br kami gi zoo taiping..





kami naik TRAM sbb nak pusing 1 zoo... hihi.. dah settled baru kami jln kaki.. tak lama sgt stay dlm zoo sbb masa naik TRAM diorg dah bwk kita pusing 1 zoo... naik tram percuma jer...

ok la bye.. sat lg nak masuk kelas QMT

-amoibijak
#sukasukaweekend







Bismillah (dgn izin Allah)

Dinner Persista FSKM 2018
@ UiTM Tapah

dah lama tak join dinner sejak cuti belajar..so hari ni dapat peluang join dan siap bawak family skali.
so tak byk nak tulis..kita kasi chance gambar sahaja yang berbicara...





-amoibijak
#persistaannualdinner2018
#jabatanstatistik
#fskmuitmtapah



Wednesday, November 21, 2018


Bismillah (dengan izin Allah)

kisah keluargaku

assalammualaikum
nama saya nasuha
umur saya 8 tahun
nama mak saya faridah
nama ayah saya abdul hakim
mereka umur 36 tahun
nama kakak saya aishah
umur dia 9 tahun

hobi mak saya menanam pokok hobi kakak saya ialah melukis hobi ayah saya ialah menyanyi
hobi saya membaca komik bertajuk lawak kampus dan bermain catur...





sekian terima kasih

#cuamoi
21nov2018

hehehe
~~~ Kad Kredit ~~~


Bismillah (dengan izin Allah)

zaman sekarang hampir setiap org dewasa yang bekerja pasti akan memiliki kad kredit.. tawaran belian secara kredit juga banyak dan sentiasa datang dengan pakej-pakej menarik..

ini kisah aku dan kad kredit (KK)...



2016 - cinta mula berputik setelah en husband tidak lagi memberi keizinan untuk berkongsi kasih dengan kad kreditnya... ini semua gara-gara aku yg suka2 hati je guna kad kredit dia untuk belian online...akhirnya dia yang akan bayar semua..walaupun pada awalnya janji2 manis aku lemparkan.. alhamdulillah en husband masih tetap sayang padaku (hihihi)..

aku mula merisik ttg kad kredit semasa program PNB di tapah..program berlangsung selama seminggu...7 hari tu hari2 aku usha2 KK.. dan akhirnya pada malam terakhir program aku pun meminang KK...

nama pun cinta pandang pertama..lepas dapat KK aku pun senyum sampai ke telinga.. siang mlm duk merancang apa yg aku nak buat dan ke mana aku nak blanjakan  hahahha.. had limit KK 15k.. pergh untung besoooor...

2017 - tahun pertama annivessary aku mula rasa curiga dgn KK..KK seolah-olah kurang setia sbb selalu sgt memukau aku untuk terus berbelanja tanpa sempadan...aku mula hanyut dengan semua godaan KK...

pernah beberapa kali aku cuba bertaubat..tetapi iman ku tak sekuat mana..akhirnya aku kecundang lagi... hati mula rasa resah dan gelisah.. otak dan fikiran jadi buntu..arrgh apa nak jadi ni???

akhirnya hari ni 21 nov 2018..aku nekad untuk tidak bersama KK lg...aku relakan pemergianmu dan aku yakin aku kuat ketika ini.. aku juga berdoa semoga Allah tabahkan hatiku dan menerima perpisahan ini..

apa yang pasti.. AKU TIDAK MAHU LAGI BERSAMA KK BUAT SELAMANYA... relakan aku berbahagia bersama keluarga ku tercinta..



GOOD BYE...SAYONARA... KK... DAMAILAH KAU DISANA...

amoibijak
2016-2018
2 thn bersama

Saturday, November 17, 2018

UKM ke kiter!!!!

oh my Phd...

Bismillah (dengan izin Allah)..

pejam celik pejam celik.... dah 4 tahun kembara ilmu di UKM... (alhamdulillah masih dalam perjalanan yang sama)... hati masih cekal dan fikiran masih positif..hihi

kali ni lain skit..kita datang visit ukm setelah 2 bulan x jenguk FKAB.. at first, tak de plan langsung..then semlm decide gi UKM sbb nak hantar mak ke klia (mak nak gi umrah).. jadi kita pun bagi cadangan kat mak.."apa kata kita stay kat UKM, mak kan tak pernah sampai lagi!!" mak pun kasi greenlight...sepantas kilat kita check kat uncle "Agoda"...hihihi

then msg SV ...kata nak visit jap...tp sv busy plak ada meeting pagi ptg...hihi...nama pun unplan kan..so layannnnnn......

takpe..macam org bercinta..nampak bumbung pun jadi la...hihi

Alhamdulillah...lepas rasa rindu di UKM

Kali ni kita bawak pakej( aishah, nasuha and opah)



-amoibijak-
18 nov 2018
@ puri pujangga

Thursday, June 30, 2016

Umrah Ramadhan 2016 (travel with MuM & Big Bro)

Alhamdulillah 2016 diberi peluang dan rezeki utk hadir semula ke bumi para2 nabi dan rasul kekasih Allah. (2 jun - 13 jun 2016)

Kali ini atas permintaan Mum, kami memilih Andalusia Travel & Tour sebagai agent yang akan menguruskan segala urusan umrah from A to Z. Ku panjatkan syukur yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa kerana memperkenankan keinginan utk dijemput kembali. Episod bermula di penghujung tahun 2015 apabila hati ini tiba2 terasa terlalu teringin utk mengerjakan umrah. ku suarakan hasrat kepada Mum dan Alhamdulillah Mum bersetuju membawa aku utk pergi bersama. 
Namun, utk aku yang berumur kurang dari 45 tahun perlu mempunyai mahram lelaki sebagai syarat kelulusan visa yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi semenjak tahun 2012. Apabila ku nyatakan kepada sang suami yang aku ini terlalu teringin nak ikut Mum buat umrah, dengan sepantas kilat juga sang suami memberikan keizinan tanpa ragu2 (Alhamdulillah :) :)) Tetapi sang suami mencadangkan untuk kami pergi sewaktu cuti pertengahan tahun kerana sang suami seorang guru yang awesome perlukan masa cuti sekolah bg menguruskan urusan penjagaan anak2.

Alamak di mana lg utk aku mencari mahram lelaki!!!! jeng jeng jeng.... oh ya Aku kan ada BIG BRO (abang). hihi aku pun capai hp terus dial no hp abg.. Bicara bermula: Abg ko mesti ikut kitorang pergi umrah tau!!! ini satu ketetapan yg ko tak boleh menolak tau !! ini lah kuasa yg ada bila aku sorg je adik yg dia ada hihihi. sememangnya sejak kecil aku selalu menjadi si pembuat keputusan utk nya. ini bukan kerana dia tidak boleh membuat keputusan sendiri tetapi kerana terlalu menghargai Adik yang seorg ini.


Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah. Mum happy sebab dapat membawa kedua2 anak kesayangannye utk ke umrah. Kedua2 menantu ditugaskan utk menjaga cucu2 yang tercinta. 

ok kita sambung lagi.....mmmuah

Sunday, April 5, 2015

Waste Mangement VS Self Management

Bismillah (pembuka bicara)

WM vs SM ... nampak macam berbeza tetapi hakikatnya sama. Why??? Yang jadi sama pada perkataan "Pengurusan". Pengurusan merupakan satu rutin amalan dalam kehidupan seharian, tidak mengira masa, ketika dan apa jua keadaan supaya kita sentiasa dalam keadaan bersedia dan tidak kelam kabut. 

Kehidupan yang cemerlang bermula dari pegurusan yang cemerlang. Maka pengurusan memerlukan strategi atau perancangan yang sistematik (teratur). Why??? kerana kita mahukan pengakhiran atau hasil yang terbaik dan cemerlang. Kesan dari hasil tersebut haruslah signifikan walaupun sedidkit. "Signifikan" bila mana kita dapat manfaat dari kesan yang kecil.

Maka pengurusan sampah dan pengurusan diri masih relevan kerana sifat kesamaannya. Jika mahukan alam yang bersih, ia perlulah bermula dari sikap pengurusan diri yang bersih. Why??? Islam kan pentingkan kebersihan (Islam itu Indah).. Contohnya wuduk sebelum solat, basuh tangan sebelum makan dll.

Proses:

waste generation = self preparation
                   --> waste collection = self refinement
                                       --> waste treatment --> self refreshment
                                                     --> waste disposal = self confident

Aci tak??? sama-sama kita fikirkan :)






Suka-suka 6/4/15